Skip to content

Seksyen 3

Kawalan pergerakan

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 4) 2020

P.U. (A)In forceProvision 3 of 11
Seksyen 3
(1)

Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali bagi maksud di bawah subperaturan (2).

(2)

Tertakluk kepada peraturan 4, seseorang boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk membeli makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;

(b)

untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;

1683

(c)

untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan;

(d)

untuk membeli barang-barang atau memperoleh mana-mana perkhidmatan perlu, selain yang disebut dalam perenggan (a) dan (c), daripada mana-mana penyedia perkhidmatan perlu;

(e)

untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi; atau

(f)

untuk menyediakan mana-mana perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan mana-mana perkhidmatan perlu.

(3)

Subperaturan (2) tidak terpakai jika suatu arahan dibuat di bawah perenggan 11(3)(b) Akta.