Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
untuk membeli makanan, ubat, penokok diet, keperluan harian atau apa-apa barang lain daripada mana-mana penyedia perkhidmatan perlu—
(i)
pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika makanan, ubat, penokok diet, keperluan harian atau barang lain itu tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan
(ii)
dia boleh disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah;
(b)
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan—
(i)
pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan itu tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan
(ii)
dia boleh disertai mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu;
(c)
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
1684
(d)
untuk menyediakan mana-mana perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan mana-mana perkhidmatan perlu, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; atau
(e)
untuk memperoleh mana-mana perkhidmatan perlu selain yang disebut dalam perenggan 3(2)(c), dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
(2)
Bagi maksud mengawal pergerakan orang yang membeli makanan, pemunya atau pengendali, atau orang yang bertanggungjawab bagi, suatu perniagaan menjual makanan hendaklah menjalankan perniagaan hanya secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Pergerakan kerana sebab khas dan tertentu