Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Jika seseorang perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan, dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain, bagi maksud mendapatkan vaksin COVID-19, orang itu hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.