Skip to content

Seksyen 7

Pergerakan bagi maksud mendapatkan vaksin COVID-19

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 4) 2021

P.U. (A)In forceProvision 7 of 19
Seksyen 7

Jika seseorang perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan, dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain, bagi maksud mendapatkan vaksin COVID-19, orang itu hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.