Seksyen 12
Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai penjawat awam
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah (Tatacara Lembaga Penasihat) 2014
P.U. (A)In forceProvision 12 of 12
Seksyen 12
Setiap anggota Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574] dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya kerana apa-apa tindakan yang diambil atau ditinggalkan semasa melaksanakan tugasnya di bawah Peraturan-Peraturan ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undang-undang kepada seorang hakim dalam pelaksanaan jawatannya.
P.U. (A) 86 9