Seksyen 10
Penzahiran maklumat
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah (Tatacara Lembaga Penasihat) 2014
P.U. (A)In forceProvision 10 of 12
Seksyen 10
Tiada apa-apa dalam Peraturan-Peraturan ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Lembaga Penasihat untuk menzahirkan maklumat atau mengemukakan dokumen yang difikirkan oleh Lembaga Penasihat—
(a)
bertentangan dengan kepentingan awam; atau
(b)
akan menjejaskan perlindungan seseorang saksi atau keluarga atau sekutu saksi itu.