Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2014

Seksyen 9

Tatacara jika tiada peruntukan yang nyata

(1)

Jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh

Peraturan-Peraturan ini, Lembaga Penasihat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (1), Lembaga Penasihat boleh, dengan mengambil kira pertimbangan mengenai keselamatan, kepentingan awam atau keperluan untuk melindungi seseorang saksi atau keluarga atau sekutu saksi itu, menentukan—

(a)

sama ada keterangan mana-mana saksi patut didengar dengan kehadiran orang tahanan atau peguam belanya atau kedua-duanya;

(b)

sama ada mana-mana pegawai polis patut dikehendaki untuk hadir di hadapan Lembaga Penasihat dengan kehadiran orang tahanan atau peguam belanya atau kedua-duanya; atau

(c)

sama ada apa-apa dokumen atau maklumat lain patut disediakan atau dizahirkan kepada orang tahanan atau peguam belanya atau kedua-duanya.

P.U. (A) 86 8

Penzahiran maklumat

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2014