Seksyen 103
Kuasa Pegawai yang Menjaga memerintahkan pengemukaan orang tahanan dalam hal tertentu
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
(1)
Suatu perintah bagi pengemukaan seseorang orang tahanan dari tempat tahanan boleh dikemukakan oleh Pegawai yang Menjaga yang mengarahkan supaya orang tahanan itu dibawa ke mana-mana tempat di Malaysia setelah berpuas hati bahawa pengemukaan itu adalah demi kepentingan orang tahanan itu sendiri.
(2)
Orang tahanan yang dibawa dari sesuatu tempat tahanan di bawah subperaturan (1) hendaklah ditempatkan dalam apa-apa jagaan sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Pegawai yang Menjaga secara bertulis, dan semasa berada dalam jagaan itu hendaklah disifatkan berada dalam jagaan yang sah.