Seksyen 102
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
Seksyen 102
(1)
Pegawai yang Menjaga adalah bertanggungjawab supaya semua undang-undang bertulis, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan perintah berhubung dengan tempat tahanan, orang tahanan, pegawai penjara dan kakitangan penjara dipatuhi dengan sepenuhnya dan segala rekod, akaun, dokumen dan surat menyurat disimpan dengan sebaiknya, disenggarakan dengan kemas kini, dan dalam jagaan selamat.
(2)
Tertakluk kepada perintah Komisioner Jeneral, Pegawai yang Menjaga hendaklah—
(a)
bertanggungjawab bagi pengurusan yang baik tempat tahanan yang kepadanya dia dilantik; dan
(b)
bertanggungjawab kepada Komisioner Jeneral—
(i)
terhadap kelakuan dan pemerlakuan pegawai penjara, kakitangan penjara dan orang tahanan di bawah kawalannya;
(ii)
bahawa semua undang-undang bertulis, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan perintah berhubung dengan tempat tahanan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh orang tahanan, pegawai penjara dan kakitangan penjara;
(iii)
untuk melaporkan kepada Komisioner Jeneral dengan segera apa-apa kejadian pelanggaran atau pengabaian tugas oleh pegawai penjara, kakitangan penjara atau orang tahanan;
P.U. (A) 206 58
(iv)
untuk melaporkan segala kelarian, penyebaran penyakit atau apa-apa kejadian bersifat luar biasa; dan
(v)
untuk menyimpan suatu jurnal yang dalamnya dia hendaklah merekodkan segala perkara penting berhubung dengan tempat tahanan atau orang tahanan, dan apa-apa perkara yang
Komisioner
Jeneral arahkan untuk menyimpan suatu rekod oleh Peraturan-Peraturan ini.