Malaysia legislation
Section 112
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 112
Nyawa orang tahanan terancam kerana tahanan
(1)
Pegawai yang Menjaga hendaklah, tanpa kelengahan melaporkan kepada
Komisioner Jeneral mana-mana kes yang Pegawai Perubatan berpandangan bahawa keadaan mental orang tahanan terjejas atau lemah dengan penerusan tahanan, atau nyawa mana-mana orang tahanan boleh terancam dengan penahanan lanjut, atau
P.U. (A) 206 61
mana-mana orang tahanan yang sakit tidak boleh menjalani tempoh tahanannya, atau tidak sesuai secara keseluruhan atau secara kekal untuk menjalankan tatatertib tempat tahanan.
(2)
Apabila menerima laporan daripada Pegawai Perubatan bahawa
-
(a)
menghidap penyakit yang akut;
(b)
menghidap penyakit yang mengancam nyawanya dan tahanan lain;
(c)
menghidap penyakit gangguan mental; atau
(d)
nyanyuk,
Pegawai yang Menjaga boleh membuat pengesyoran kepada Lembaga berhubung orang tahanan itu.
(3)
Sekiranya mana-mana orang tahanan didapati mempunyai apa-apa penyakit yang merebak atau berjangkit, atau diserang dengan vermin, suatu laporan segera hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Perubatan yang di bawah arahannya, langkah-langkah hendaklah diambil untuk merawat hal keadaan itu dan untuk mencegahnya daripada merebak kepada orang tahanan lain.
Pelawat melihat tempat tahanan