Seksyen 113
Pelawat melihat tempat tahanan
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
(1)
Pegawai yang Menjaga tidak boleh membenarkan mana-mana orang untuk melihat tempat tahanan melainkan jika orang itu boleh mengemukakan perintah secara bertulis daripada Menteri atau Komisioner Jeneral yang membenarkannya melihat tempat tahanan.
(2)
Pegawai yang Menjaga hendaklah memastikan supaya tiada seorang pun yang dibenarkan melihat tempat tahanan itu membuat lakaran atau mengambil gambar
P.U. (A) 206 62
atau membuat rakaman melalui rakaman audio visual atau membuat apa-apa komunikasi dengan orang tahanan melainkan jika dibenarkan.
(3)
Pegawai yang Menjaga perlu memastikan tiap-tiap pelawat ke tempat tahanan diiringi sepanjang lawatannya itu oleh pegawai penjara.