Malaysia legislation
Section 114
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 114
(a)
suatu Rekod bagi setiap orang tahanan yang mengandungi:
(i)
perintah tahanan;
(ii)
tarikh perintah tahanan mula berkuat kuasa;
(iii)
tarikh dimasukkan ke tempat tahanan;
(iv)
tarikh perintah itu tamat berserta dengan hukuman, jika ada;
(v)
tarikh sabitan dan tarikh hukuman itu tamat, jika ada;
(vi)
apa-apa borang sebagaiman yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Tatacara Lembaga
Penasihat) 2015 [P.U. (A) 203/2015]; dan
(vii)
nama, umur, ketinggian, berat, tanda-tanda tertentu, perwatakan am orang tahanan dan apa-apa butir-butir lain yang dikehendaki;
(b)
suatu buku pembebasan harian, dalam bentuk diari, yang dalamnya
Pegawai yang Menjaga hendaklah mencatatkan, semasa diterima masuk, nama tiap-tiap orang tahanan di bawah tarikh pembebasan sepatutnya;
P.U. (A) 206 63
(c)
suatu buku harta benda orang tahanan yang disimpan mengikut bentuk yang diluluskan;
(d)
suatu buku hukuman orang tahanan yang dalamnya hendaklah direkodkan nama tiap-tiap orang tahanan yang dihukum kerana kesalahan tempat tahanan, hukuman yang dikenakan dan nama pegawai yang memerintahkan hukuman itu dan juga perakuan Pegawai
Perubatan tentang sama ada orang tahanan itu sihat dari segi fizikal untuk menjalani hukuman sebagaimana yang diperintahkan, dan tarikh;
(e)
suatu akaun tunai runcit;
(f)
suatu akaun bagi segala penerimaan dan pembayaran;
(g)
suatu buku pelawat tidak rasmi, yang mengandungi rekod semua lawatan ke tempat tahanan itu;
(h)
suatu buku minit Hakim Pelawat;
(i)
suatu buku pelawat rasmi yang mengandungi rekod lawatan rasmi oleh ke tempat tahanan itu;
(j)
suatu senarai buku dan dokumen dalam jagaannya; dan
(k)
apa-apa buku atau rekod lain sebagaimana yang diarahkan oleh
Komisioner Jeneral.
Pemeriksaan bangunan, jentera, dsb.