Skip to content

Seksyen 12

Pemeriksaan

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 12 of 158
Seksyen 12

(1)

Tiap-tiap orang tahanan hendaklah diperiksa apabila diterima masuk dan pada bila-bila masa kemudiannya sebagaimana yang diarahkan, dan semua barang yang dilarang atau barang yang tidak dibenarkan hendaklah diambil daripadanya.

(2)

Pemeriksaan orang tahanan hendaklah dijalankan dengan mengambil kira sewajarnya kesopanan dan hormat diri sendiri, dan dengan cara yang selaras dengan keperluan mencari apa-apa barang yang tidak dibenarkan atau yang dilarang.

(3)

Orang tahanan tidak boleh dilucutkan pakaiannya dan diperiksa di hadapan orang tahanan yang lain.

(4)

Orang tahanan hanya boleh diperiksa oleh pegawai penjara yang sama jantinanya dengan orang tahanan yang diperiksa.