Skip to content

Seksyen 14

Penyimpanan harta

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 14 of 158
Seksyen 14

(1)

Pakaian persendirian, wang dan semua barang lain dalam milikan, atau yang dihantar kepada mana-mana orang tahanan, yang tidak dibenarkan secara nyata oleh Peraturan-Peraturan ini, hendaklah diambil daripada orang tahanan itu.

(2)

Harta sedemikian hendaklah dibuat inventori dalam daftar harta orang tahanan, yang hendaklah ditandatangani oleh orang tahanan yang berkenaan yang memperakui ketepatannya.

(3)

Apa-apa barang daripada jenis yang mudah rosak atau berbahaya bolehlah dimusnahkan.