Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 13
(1)
Kanak-kanak di bawah umur tiga tahun boleh diterima masuk bersama dengan ibunya oleh Komisioner Jeneral.
P.U. (A) 206 18
(2)
Mana-mana kanak-kanak yang diterima masuk bersama dengan ibunya di bawah peraturan ini boleh disediakan dengan keperluan asas bagi saraan dan jagaan kanak-kanak itu oleh Komisioner Jeneral.
(3)
Apabila mana-mana kanak-kanak dianggap telah mencapai umur tiga tahun, Pegawai Perubatan hendaklah melaporkan jika adalah wajar atau perlu kanak-kanak itu patut dikekalkan dengan lebih lama.
(4)
Kecuali dengan kebenaran khas
Komisioner
Jeneral, seseorang kanak-kanak tidak boleh diletakkan dalam tempat tahanan bersama dengan ibunya apabila dia mencapai umur empat tahun.
(5)
Apabila seseorang kanak-kanak mencapai umur tiga atau empat tahun dan tidak boleh dikekalkan dengan lebih lama di tempat tahanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pegawai yang Menjaga hendaklah merujuk perkara itu kepada
Komisioner Jeneral untuk arahan selanjutnya dalam menguruskan kanak-kanak itu.
Penyimpanan harta