Malaysia legislation

Section 139

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 139

(1)

Tiap-tiap pegawai penjara hendaklah mematuhi dengan tegas semua undang-undang bertulis, peraturan-peraturan dan Perintah Tetap berhubung dengan tempat tahanan dan hendaklah mematuhi segala perintah yang sah di sisi undang-undang, bertulis atau lisan, daripada pegawai yang lebih kanan daripada mereka dalam perkhidmatan itu.

(2)

Pegawai penjara tidak boleh meninggalkan tempat tahanan itu dalam masa bekerja tanpa kebenaran pegawai bertugas dan sebelum meninggalkan tempat tahanan pada bila-bila masa mereka hendaklah meninggalkan kunci, senjata dan buku di tempat yang ditetapkan.

Perhubungan yang tidak dibenarkan kepada akhbar

Section 139 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015