Skip to content

Seksyen 136

Jagaan selamat bagi orang tahanan

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 136 of 158
Seksyen 136

(1)

Pegawai penjara hendaklah bertanggungjawab bagi jagaan selamat orang tahanan di bawah tanggungjawab mereka, dan bagi maksud ini mereka hendaklah

(a)

apabila menerima tanggungjawab menjaga suatu kumpulan;

(b)

apabila menyerahkan tanggungjawab menjaga;

(c)

apabila meninggalkan mana-mana bangunan atau kerja; atau

(d)

dalam mana-mana hal keadaan lain yang memerlukan orang tahanan itu dikira.

(2)

Pegawai kanan penjara yang dilantik sebagai Pegawai Bertugas hendaklah —

(a)

menyimpan suatu dokumen yang dalamnya hendaklah direkodkan segala perkara mustahak yang berhubungan dengan operasi harian tempat tahanan termasuklah—

(i)

bilangan orang tahanan, dikira sekurang-kurangnya tiga kali sehari;

(ii)

bahagian mana tempat tahanan itu digeledah dan hasil pengeledahan;

(iii)

butir-butir mengenai apa-apa lawatan khas dan nama pegawai penjara yang diarah untuk mengawasinya;

(iv)

butir-butir mengenai orang tahanan yang diiring keluar dari tempat tahanan;

P.U. (A) 206 71

(v)

waktu pembukaan dan penutupan akhir tempat tahanan dan pemeriksaan kunci; dan

(vi)

apa-apa kejadian luar biasa atau yang penting.

(b)

memastikan penempatan dan pertukaran orang tahanan direkodkan;

(c)

memastikan latihan orang tahanan direkodkan;

(d)

memastikan senjata api, peluru, gari, kunci dan kelengkapan keselamatan lain diperiksa, dikira dan direkodkan dari semasa ke semasa;

(e)

memastikan waktu membuka dan menutup tempat tahanan dipatuhi;

(f)

memastikan bilangan kunci dan kunci dalam keadaan baik pada tiap-tiap hari; dan

(g)

memastikan supaya setiap orang tahanan diperiksa dengan berhati-hati apabila dibawa masuk atau keluar dari sel, tempat latihan atau tempat lain dan semua barang yang dilarang hendaklah dirampas.