Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 17

(1)

Tiap-tiap orang tahanan hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas diterima masuk, diperiksa secara berasingan oleh Pegawai Perubatan dan hendaklah mencatatkan ke dalam Rekod butiran mengenai keadaan kesihatan orang tahanan dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(2)

Orang tahanan tidak boleh dihantar untuk latihan sehingga Pegawai

Perubatan memperakui bahawa dia sihat untuk melaksanakan latihan itu.

P.U. (A) 206 20

(3)

Pegawai Perubatan boleh, dengan kelulusan Pegawai yang Menjaga, pada bila-bila masa mengatur supaya mana-mana orang tahanan menjalani apa-apa ujian perubatan, sebagaimana yang difikirkannya patut.

(4)

Tiap-tiap orang tahanan hendaklah diperiksa oleh Pegawai Perubatan sebelum dibebaskan, dipindahkan atau dialihkan.

(5)

Pegawai Perubatan boleh membuat pengesyoran kepada Pegawai yang

Menjaga mengenai jagaan, penempatan, pengalihan dan pemindahan mana-mana orang tahanan yang memerlukan jagaan khas untuk perubatan.

(6)

Orang tahanan yang memerlukan rawatan segera atau menghidapi apa-apa penyakit yang berbahaya hendaklah dipindahkan ke hospital kerajaan.

Vaksinasi

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015