Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
“Akta” ertinya Akta Pencegahan Keganasan 2015;
“barang yang dilarang” ertinya apa-apa dadah, wang, tembakau atau arak dan termasuklah apa-apa alat atau barang sebagaimana yang ditetapkan oleh Komisioner
Jeneral sebagai barang larangan;
“barang yang tidak dibenarkan” ertinya apa-apa barang yang tidak dibenarkan oleh Komisioner Jeneral dan Pegawai yang Menjaga;
“Hakim Pelawat” ertinya Lembaga Hakim Pelawat yang dilantik di bawah peraturan 98;
P.U. (A) 206 12
“kesalahan besar” ertinya apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang tahanan yang berlawanan dengan tatatertib tempat tahanan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 69;
“kesalahan kecil” ertinya apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang tahanan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 68;
“Komisioner Jeneral” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995 [Akta 537];
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara yang ditubuhkan di bawah seksyen 60 Akta Penjara 1995;
“latihan” ertinya apa-apa bentuk latihan yang diberikan kepada orang tahanan yang disifatkan sesuai oleh Komisioner Jeneral;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pencegahan Keganasan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 Akta;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab hal ehwal dalam negeri;
“orang tahanan” ertinya orang yang ditahan menurut suatu perintah tahanan di bawah subseksyen 13(1) Akta;
“orang tahanan muda” ertinya orang tahanan yang berumur di bawah dua puluh satu tahun;
“pegawai bertugas” ertinya mana-mana pegawai kanan penjara yang diarahkan sebagai pegawai bertugas;
“pegawai kanan penjara” ertinya mana-mana pegawai penjara daripada pangkat
Inspektor Penjara hingga ke Komisioner Jeneral Penjara.
P.U. (A) 206 13
“pegawai pemulihan” termasuklah seorang pegawai penjara dan mana-mana orang yang melaksanakan apa-apa program pemulihan bagi orang tahanan di tempat tahanan;
“pegawai penjara” ertinya kakitangan berpakaian seragam jabatan penjara daripada pangkat Wadar hingga ke Komisioner Jeneral Penjara;
“Pegawai Perubatan” dan “Pegawai Pergigian” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995;
“pegawai rendah penjara” ertinya mana-mana pegawai penjara daripada pangkat wadar sehingga ke Sub Inspektor Penjara;
“Pegawai yang Menjaga” ertinya seseorang pegawai penjara yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Komisioner Penjara yang menjaga sesuatu tempat tahanan atau semasa ketiadaannya, seorang pegawai penjara yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa Penjara;
“penasihat undang-undang” ertinya peguam atau peguam bela dan peguam cara orang tahanan;
“pengamal perubatan berdaftar” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995;
“perintah tahanan”
ertinya suatu perintah yang dibuat oleh
Lembaga Pencegahan Keganasan untuk menahan seseorang di bawah subseksyen 13(1)
Akta;
“Perintah
Tetap”
ertinya
Perintah
Tetap yang dikeluarkan oleh
Komisioner Jeneral di bawah peraturan 101;
“Rekod” ertinya suatu Rekod Orang Tahanan di bawah peraturan 10;
P.U. (A) 206 14
“senjata” ertinya apa-apa cota, senjata api, amunisi, dan termasuklah apa-apa alat sebagaimana yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral;
“senjata api” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Senjata Api 1960 [Akta 206];
“tempat latihan” ertinya suatu tempat di mana seseorang orang tahanan dikehendaki dilatih oleh Komisioner Jeneral bagi maksud memulihkan orang tahanan;
“tempat tahanan” berhubung dengan mana-mana orang tahanan, ertinya suatu tempat tahanan di bawah subseksyen 13(2) Akta.