Skip to content

Seksyen 5

Penempatan wanita

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 5 of 158
Seksyen 5

(1)

Tiap-tiap orang tahanan wanita hendaklah ditempatkan berasingan sama sekali daripada orang tahanan lelaki dan hendaklah dikurung di dalam bangunan yang berlainan.

(2)

Orang tahanan wanita hendaklah dalam semua hal dijaga oleh pegawai penjara wanita.

(3)

Seorang pegawai penjara lelaki tidak boleh memasuki sesuatu tempat tahanan atau bahagian tempat tahanan yang telah diuntukkan untuk kegunaan orang tahanan wanita kecuali sewaktu bertugas dan dengan kehadiran seorang pegawai penjara wanita.