Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 32

Penurunan dan penangguhan kenaikan dalam Peringkat

(1)

Akibat daripada pertuduhan tatatertib atau kerana kelembapan berterusan dalam latihan, orang tahanan boleh diturunkan Peringkat atau ditangguhkan kenaikannya ke Peringkat seterusnya oleh Pegawai yang Menjaga bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak lebih daripada enam bulan.

(2)

Orang tahanan yang diturunkan ke Peringkat yang lebih rendah tidak berhak untuk kemasukan semula sehinggalah dia melengkapkan sekurang-kurangnya tiga bulan tahanan tanpa pertuduhan tatatertib.

Keistimewaan

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015