Skip to content

Seksyen 32

Penurunan dan penangguhan kenaikan dalam Peringkat

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 32 of 158
Seksyen 32

(1)

Akibat daripada pertuduhan tatatertib atau kerana kelembapan berterusan dalam latihan, orang tahanan boleh diturunkan Peringkat atau ditangguhkan kenaikannya ke Peringkat seterusnya oleh Pegawai yang Menjaga bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak lebih daripada enam bulan.

(2)

Orang tahanan yang diturunkan ke Peringkat yang lebih rendah tidak berhak untuk kemasukan semula sehinggalah dia melengkapkan sekurang-kurangnya tiga bulan tahanan tanpa pertuduhan tatatertib.