Seksyen 35
Penggunaan kekerasan
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 35 of 158
Seksyen 35
(1)
Pegawai penjara tidak dibenarkan menggunakan kekerasan kepada orang tahanan melainkan jika terpaksa berbuat demikian kerana mempertahankan diri sendiri atau orang lain atau harta.
(2)
Orang tahanan yang cedera kerana kekerasan yang digunakan oleh seorang pegawai penjara dalam mempertahankan diri sendiri atau dalam mempertahankan sebagaimana yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diperiksa oleh Pegawai Perubatan dan suatu laporan segera mengenai insiden dan kecederaan yang dialami oleh orang tahanan hendaklah dibuat kepada Pegawai yang
Menjaga.