Malaysia legislation

Section 41

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 41

Pemeriksaan barang makanan

(1)

Perhatian hendaklah diberikan supaya semua makanan yang dibekalkan kepada tiap-tiap orang tahanan adalah dari kualiti, berat dan masa yang bersesuaian sebagaimana yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral.

(2)

Skala dan alat timbang dan sukat piawaian hendaklah disediakan untuk menimbang makanan yang dibekalkan kepada mereka.

Pengedaran

Section 41 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015