Seksyen 44
Penyeludupan barang yang dilarang
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 44 of 158
Seksyen 44
(1)
Orang tahanan tidak boleh ada dalam milikannya apa-apa barang yang dilarang.
(2)
Barang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dirampas oleh
Pegawai yang Menjaga.
P.U. (A) 206 29
(3)
Jika barang yang dilarang itu ialah wang, semua wang yang dirampas di bawah peraturan ini hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang.
(4)
Apa-apa barang yang dirampas di bawah peraturan ini boleh dilupuskan dan hasil pelupusan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang.