Malaysia legislation
Section 56
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 56
(1)
Tiap-tiap pelawat hendaklah menyatakan nama, nombor pengenalan diri, alamat, perhubungan mereka atau apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai yang Menjaga dalam jurnalnya.
(2)
Pelawat hendaklah diperiksa oleh pegawai penjara daripada jantina yang sama, dan pemeriksaan sedemikian tidaklah boleh dilakukan dalam kehadiran mana-mana pelawat lain dan dijalankan dengan mengambil kira kesopanan dan hormat diri, dan dengan cara yang selaras dengan pemeriksaan badan.
(3)
Pegawai yang Menjaga boleh enggan menerima masuk seseorang yang tidak bersedia diperiksa badan, kenderaan dan barang yang dibawanya untuk diperiksa atau yang kelakuannya tidak sesuai dan yang berpakaian tidak sesuai dan sopan ke dalam tempat tahanan dan hendaklah dicatatkan keengganan itu ke dalam jurnalnya.
(4)
Pegawai yang Menjaga boleh mengarahkan supaya dikeluarkan dari tempat tahanan orang yang semasa berada di dalam tempat tahanan berkelakuan yang mengancam keselamatan atau tidak patut.
Berhubung secara bertulis dengan penasihat undang-undang dan mahkamah