Seksyen 59
Lawatan oleh pegawai polis
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 59 of 158
Seksyen 59
(1)
Apabila pengemukaan suatu perintah daripada Ketua Polis Negara, atau daripada pegawai yang menjaga Daerah Polis, atau daripada Majistret, mana-mana pegawai polis boleh memohon kebenaran untuk melawat mana-mana orang tahanan daripada Pegawai yang Menjaga tempat tahanan itu dengan menyatakan alasan bagi permohonan itu.
(2)
Pegawai yang Menjaga boleh mempertimbangkan lawatan itu dibuat dalam penglihatan tanpa pendengaran seorang pegawai penjara.