Malaysia legislation
Section 58
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 58
(1)
Orang tahanan berhak membuat dua rundingan dengan penasihat undang-undangnya bagi maksud menyediakan apa-apa representasi secara bertulis yang dia boleh membuatnya terhadap perintah tahanannya.
(2)
Rundingan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dibuat semasa waktu bekerja biasa di tempat tahanan dan antara apa-apa waktu sebagaimana
Pegawai yang Menjaga boleh arahkan dan dalam penglihatan, tetapi bukan dalam pendengaran seorang pegawai.
(3)
Mana-mana penasihat undang-undang yang ingin berjumpa dengan orang tahanan hendaklah memberi notis awal kepada Pegawai yang Menjaga tempat tahanan.
(4)
Rundingan selanjutnya antara orang tahanan dengan penasihat undang-undangnya tidak lagi boleh dibenarkan selepas itu kecuali dengan persetujuan bertulis Peguam Negara, atau anggota jabatannya yang diberi kuasa oleh Peguam
Negara, dan apa-apa rundingan lanjut itu, melainkan jika penasihat undang-undang bagi
P.U. (A) 206 36
orang tahanan itu telah memperakui kepada Peguam Negara atau anggota yang disebut sebelum ini bahawa hal perkara rundingan berkenaan dengan representasi orang tahanan itu terhadap perintah tahanannya atau bahawa rundingan itu ada berkaitan dengan mana-mana prosiding yang baginya orang tahanan itu menjadi pihak, hendaklah dibuat dalam penglihatan dan pendengaran seorang pegawai penjara dan seorang jurubahasa, jika pegawai penjara itu tidak faham bahasa yang digunakan itu.
(5)
Penasihat undang-undang bagi orang tahanan boleh diiringi oleh seorang di bawah kawalan terus penasihat undang-undang itu.
Lawatan oleh pegawai polis