Skip to content

Seksyen 91

Lawatan oleh kakitangan agama atau anggota lain persatuan agama

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 91 of 158
Seksyen 91

(1)

Kakitangan agama daripada jabatan Kerajaan atau anggota persatuan agama yang berdaftar dengan sah boleh dibenarkan masuk pada masa yang munasabah dan sesuai ke dalam tempat tahanan untuk melawat orang tahanan yang memerlukan perkhidmatan mereka.

(2)

Pegawai yang Menjaga mempunyai hak untuk menghalang lawatan itu atau menghentikan perkhidmatan itu pada bila-bila masa demi kepentingan keselamatan.