Seksyen 93
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 93 of 158
Seksyen 93
(1)
Di bawah kebenaran dan syarat sebagaimana yang Komisioner Jeneral boleh tentukan, kelas pendidikan, kursus koresponden, pembelajaran dan latihan persendirian boleh dibenarkan di tiap-tiap tempat tahanan bagi faedah orang tahanan.
(2)
Tiap-tiap orang tahanan yang boleh mendapat manfaat melalui kemudahan pendidikan yang disediakan hendaklah digalakkan berbuat demikian.