Malaysia legislation
Section 92
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 92
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), maka hendaklah setakat yang praktik, diadakan bagi kegunaan tiap-tiap orang tahanan buku agama yang dianuti dan arahan atau apa-apa barang keagamaan lain yang diiktiraf bagi anutannya sebagaimana yang diterima oleh Pegawai yang Menjaga untuk kegunaan tempat tahanan.
(2)
Pegawai yang Menjaga, sebelum menerima, hendaklah menyerahkan buku-buku yang diterima kepada pegawai polis untuk disaring sebelum digunakan di tempat tahanan.
P.U. (A) 206 53