Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Senat Kolej Vokasional) 2016.
/akn/my/act/pua/2016/187
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (SENAT KOLEJ VOKASIONAL) 2016 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 187 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Senat Kolej Vokasional) 2016.
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi kolej vokasional yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri dan mana-mana program atau latihan lain yang dikendalikan oleh kolej vokasional dengan kerjasama mana-mana institut, perbadanan atau organisasi perindustrian.
Tafsiran
“institut” ertinya institusi pendidikan atau institut latihan yang mengendalikan program kolej vokasional selain kolej vokasional;
“pentaksiran” termasuk pengujian, pengukuran dan penilaian berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian dan program latihan atau sebahagian kursus pengajian dan program latihan, yang membawa markah atau gred, atau kedua-keduanya;
P.U. (A) 187 3
“peperiksaan” ertinya sesuatu peperiksaan yang dikendalikan atau dikelolakan oleh kolej vokasional atau institut;
“program kolej vokasional” ertinya program pendidikan teknikal dan vokasional dan program latihan yang menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional.
Penubuhan Senat
Suatu Senat Kolej Vokasional ditubuhkan dan hendaklah menjadi badan akademik tertinggi bagi kolej vokasional.
Fungsi Senat
Senat hendaklah mempunyai fungsi seperti yang berikut:
untuk merumuskan dasar, mengawal dan memberi arahan am yang berhubungan dengan pendidikan latihan teknik dan vokasional yang merangkumi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, pentaksiran dan peperiksaan yang dikendalikan oleh kolej vokasional atau institut;
untuk menentukan kelayakan dan syarat bagi murid untuk memasuki mana-mana program kolej vokasional yang disediakan oleh kolej vokasional atau institut;
untuk menentukan mana-mana program kolej vokasional yang boleh dikendalikan oleh kolej vokasional atau institut;
untuk menentukan penamatan mana-mana program kolej vokasional sedia ada yang dikendalikan oleh kolej vokasional atau institut;
P.U. (A) 187 4
untuk menerima, menimbang dan membuat keputusan mengenai rayuan yang berhubungan dengan keputusan pentaksiran dan peperiksaan bagi program kolej vokasional yang dikendalikan oleh kolej vokasional atau institut;
untuk membatalkan keputusan pentaksiran atau peperiksaan mana-mana murid yang melanggar syarat sistem pentaksiran atau peperiksaan;
untuk memberhentikan pengajian murid yang melanggar syarat sistem pentaksiran atau peperiksaan;
untuk menganugerahkan sijil atau diploma yang mengiktiraf murid yang berjaya menamatkan program kolej vokasional dengan memenuhi semua syarat yang ditentukan oleh Senat;
untuk mengawal pengeluaran sijil atau diploma dan salinan gantian yang diperakui berkenaan dengan program kolej vokasional yang dikendalikan oleh kolej vokasional dan institut;
untuk membuat keputusan muktamad mengenai perkara yang berbangkit daripada syarat dan kehendak sistem pentaksiran atau peperiksaan; dan
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.
P.U. (A) 187 5
Keanggotaan Senat
Senat hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut—
Timbalan
Ketua
Pengarah
Pelajaran
Malaysia yang bertanggungjawab bagi pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan sebagai Timbalan Pengerusi;
Pengarah Bahagian yang bertanggungjawab bagi pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan sebagai Setiausaha;
semua Timbalan Pengarah Bahagian yang bertanggungjawab bagi pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan; dan
tidak lebih daripada dua puluh pengarah kolej vokasional yang dilantik oleh Pengerusi.
Mesyuarat
Senat hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh Pengerusi, dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang diputuskan oleh Pengerusi.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Senat, tetapi jika
Pengerusi tidak ada atau tidak boleh menghadiri suatu mesyuarat atas apa-apa sebab,
Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
P.U. (A) 187 6
Senat boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat
Senat tetapi orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi.
Kuorum
Kuorum bagi mana-mana mesyuarat Senat adalah dua pertiga bilangan anggota
Senat.
Undi pemutus
Jika mengenai apa-apa perkara yang hendak diputuskan oleh Senat terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus disamping undi biasanya.
Minit
Senat hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Tatacara
Senat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Perwakilan fungsi Senat
Senat boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkan patut untuk dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsinya kepada mana-mana anggota Senat.
P.U. (A) 187 7
Pewakilan fungsi Senat di bawah Peraturan-Peraturan ini tidak menghalang Senat daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Jawatankuasa
Senat boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya patut untuk membantu dalam melaksanakan fungsinya di bawah Peraturan-Peraturan ini.
Senat boleh melantik mana-mana orang sebagai pengerusi atau anggota jawatankuasa itu.
Tertakluk kepada kelulusan Senat, setiap jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa untuk membantu jawatankuasa.
Dibuat 29 Jun 2016
[KPM.SP.PUU.R.100-1/3/15/17;PN(PU2)569]
DATO’ SERI MAHADZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan
P.U. (A) 187 8
EDUCATION ACT 1996
EDUCATION (VOCATIONAL COLLEGE SENATE) REGULATIONS 2016
Opening note
These regulations may be cited as Education (Vocational College
Senate) Regulations 2016.
These Regulations shall apply to vocational colleges established and maintained by the Minister and any other programmes or training programmes conducted by a vocational college in collaboration with any institution, corporation or industrial organization.
Interpretation
“institute” means an educational institution or a training institute conducting vocational college programme other than a vocational college;
“assessment” includes testing, measurement and continuous evaluation carried out for the duration of a course of study and training programme or part of the course of study and training programme, which carry marks or grades, or both;
P.U. (A) 187 9
“examination” means the examination conducted or administered by a vocational college or institute;
“vocational college programme” means the technical and vocational education and training programme using the Vocational College Standard Curriculum.
Establishment of Senate
A Vocational College Senate is established and shall be the highest academic body for the vocational colleges.
Functions of Senate
The Senate shall have the following functions:
to formulate policies, control and giving general directions in relation to technical and vocational training education which encompasses the teaching, learning, research, assessment and examinations conducted by a vocational college or institute;
to determine the qualifications and conditions for pupils for the entry into any vocational college programme provided by a vocational college or institute;
to determine any vocational college programme which may be conducted by a vocational college or institute;
to determine the cessation of any existing vocational college programme conducted by a vocational college or institute;
P.U. (A) 187 10
to receive, consider and decide on appeals in relation to assessment and examination results for vocational college programme conducted by a vocational college or institute;
to nullify the assessment and examination results of any pupils who had contravened the conditions of the assessment and examination system;
to terminate the course of study of a pupil who has contravened the conditions of the assessment or examination system;
to award certificates or diplomas in recognition of the successful completion by pupils of a vocational college programme by the fulfillment of all conditions determined by the Senate;
to control the issuance of certificates or diplomas and their certified replacements in respect of a vocational college programme conducted by a vocational colleges and institutes;
to decide conclusively on matters arising from conditions and requirements of the assessment or examination system; and
to do such other matters necessary or expedient for or in connection with the performance of its functions.
P.U. (A) 187 11
Membership of Senate
The Senate shall consist of the following members:
the Deputy Director General of Education Malaysia responsible for the technical and vocational education and training as Deputy
Chairman;
the Divison Director responsible for the technical and vocational education and training as the Secretary;
all Deputy Division Directors responsible for technical and vocational education and training ; and
not more than twenty vocational college directors appointed by the
Chairman.
Meetings
The Senate shall meet as and when required by the Chairman, and such meetings are to be held at such place and time as the Chairman may decide.
The Chairman shall preside over the meetings of the Senate, but if the
Chairman is not available or cannot attend a meeting for any reason, the Deputy
Chairman shall preside over the meeting.
P.U. (A) 187 12
The Senate may invite any person to attend a meeting of the Senate but the person so attending shall have no right to vote.
Quorum
The quorum for any meeting of the Senate shall be two–thirds of the members of the Senate.
Casting vote
If on any matter to be decided by the Senate there is an equality of votes, the
Chairman or the Deputy Chairman presiding over the meeting shall have a casting vote in addition to his ordinary vote.
Minutes
The Senate shall cause the minutes of all its meetings to be maintained and kept in a proper form.
Procedures 11.
The Senate may regulate its own procedures.
Delegation of functions of Senate
The Senate may, subject to such conditions, limitations or restrictions as it deemed fit to impose, delegate any of its functions to any member of the Senate.
The delegation of the functions of the Senate under this regulation shall not preclude the Senate itself from performing or exercising any of the functions so delegated at any time.
P.U. (A) 187 13
Committees
The Senate may establish any committee as it deems fit to assist in the performance of its functions under these Regulations.
The Senate may appoint any person as the chairman or member of the committee.
Subject to the approval by the Senate, every committee may regulate its own procedures.
The committee may invite any person to attend a meeting of the committee to assist the committee.
Made 29 June 2016
[KP M.SP.PUU.R.100-1/3/15/17;PN(PU2)569]
DATO’ SERI MAHADZIR BIN KHALID
Minister of Education