Seksyen 3
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
of Peraturan-Peraturan Pendidikan (Senat Kolej Vokasional) 2016
“institut” ertinya institusi pendidikan atau institut latihan yang mengendalikan program kolej vokasional selain kolej vokasional;
“pentaksiran” termasuk pengujian, pengukuran dan penilaian berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian dan program latihan atau sebahagian kursus pengajian dan program latihan, yang membawa markah atau gred, atau kedua-keduanya;
P.U. (A) 187 3
“peperiksaan” ertinya sesuatu peperiksaan yang dikendalikan atau dikelolakan oleh kolej vokasional atau institut;
“program kolej vokasional” ertinya program pendidikan teknikal dan vokasional dan program latihan yang menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional.