Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (SENAT KOLEJ VOKASIONAL) 2016
Seksyen 5
Fungsi Senat
Senat hendaklah mempunyai fungsi seperti yang berikut:
(a)
untuk merumuskan dasar, mengawal dan memberi arahan am yang berhubungan dengan pendidikan latihan teknik dan vokasional yang merangkumi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, pentaksiran dan peperiksaan yang dikendalikan oleh kolej vokasional atau institut;
(b)
untuk menentukan kelayakan dan syarat bagi murid untuk memasuki mana-mana program kolej vokasional yang disediakan oleh kolej vokasional atau institut;
(c)
untuk menentukan mana-mana program kolej vokasional yang boleh dikendalikan oleh kolej vokasional atau institut;
(d)
untuk menentukan penamatan mana-mana program kolej vokasional sedia ada yang dikendalikan oleh kolej vokasional atau institut;
P.U. (A) 187 4
(e)
untuk menerima, menimbang dan membuat keputusan mengenai rayuan yang berhubungan dengan keputusan pentaksiran dan peperiksaan bagi program kolej vokasional yang dikendalikan oleh kolej vokasional atau institut;
(f)
untuk meluluskan kalendar akademik kolej vokasional atau institut;
(g)
untuk membatalkan keputusan pentaksiran atau peperiksaan mana-mana murid yang melanggar syarat sistem pentaksiran atau peperiksaan;
(h)
untuk memberhentikan pengajian murid yang melanggar syarat sistem pentaksiran atau peperiksaan;
(i)
untuk menganugerahkan sijil atau diploma yang mengiktiraf murid yang berjaya menamatkan program kolej vokasional dengan memenuhi semua syarat yang ditentukan oleh Senat;
(j)
untuk mengawal pengeluaran sijil atau diploma dan salinan gantian yang diperakui berkenaan dengan program kolej vokasional yang dikendalikan oleh kolej vokasional dan institut;
(k)
untuk membuat keputusan muktamad mengenai perkara yang berbangkit daripada syarat dan kehendak sistem pentaksiran atau peperiksaan; dan
(l)
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.
P.U. (A) 187 5
Keanggotaan Senat