Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019

Seksyen 14

P.U. (A) 99 17

(2)

Permohonan bagi suatu perakuan atau pembaharuan perakuan untuk bertindak sebagai pemeriksa keselamatan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat mengikut peraturan 29.

(3)

Tiada pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab untuk menyediakan proses pemeriksaan boleh membenarkan atau menyebabkan dibenarkan mana-mana orang untuk bertindak sebagai pemeriksa keselamatan melainkan jika orang itu memegang suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan.

(4)

Pemeriksa keselamatan hendaklah menjalankan proses pemeriksaan terhadap orang, bagasi, kargo, mel dan barangan mengikut kaedah dan cara pemeriksaan yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

(5)

Seseorang pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab untuk menyediakan proses pemeriksaan hendaklah memastikan agar pemeriksa keselamatan mematuhi subperaturan (4).

Kawasan terhad keselamatan

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019