Skip to content

Seksyen 17

Pemeriksaan bagasi

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019

P.U. (A)In forceProvision 17 of 34
Seksyen 17

(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

mengambil atau menyebabkan supaya diambil di dalam mana-mana kapal udara; atau

(b)

menghantar atau menyebabkan supaya dihantar bagi pemuatan atau pembawaan ke dalam kapal udara,

P.U. (A) 99 19

apa-apa bagasi melainkan jika bagasi itu menjalani proses pemeriksaan oleh pemeriksa keselamatan.

(2)

Seseorang pengendali aerodrom hendaklah memastikan tiada seorang pun—

(a)

mengambil atau menyebabkan supaya diambil di dalam mana-mana kapal udara; atau

(b)

menghantar atau menyebabkan supaya dihantar bagi pemuatan atau pembawaan ke dalam kapal udara, apa-apa bagasi melainkan jika bagasi itu menjalani proses pemeriksaan oleh pemeriksa keselamatan.

(3)

Peraturan ini tidak terpakai bagi apa-apa bagasi kabin yang dibawa oleh—

(a)

penumpang transit yang kekal berada di dalam kapal udara;

(b)

penumpang transit atau penumpang pindah yang tidak bercampur dengan orang yang tidak diperiksa daripada lapangan terbang transit atau pindah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(c)

penumpang transit atau penumpang pindah yang tiba dari Negara

Pejanji yang standard keselamatan yang terpakai diperakui setara dengan kehendak yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.