Seksyen 23
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019
P.U. (A)In forceProvision 23 of 34
Seksyen 23
(1)
Tiada pengendali boleh membenarkan atau menyebabkan supaya dibenarkan mana-mana kapal udaranya untuk terbang bagi maksud pengangkutan udara komersial melainkan jika pengendali itu menjalankan penggeledahan dan pemeriksaan keselamatan terhadap kapal udara itu mengikut NCASP.
(2)
Pengendali hendaklah memastikan kapal udaranya dilindungi daripada apa-apa gangguan tanpa kebenaran bermula dari masa penggeledahan dan pemeriksaan keselamatan di bawah subperaturan (1) dijalankan sehingga perlepasan kapal udara itu.
P.U. (A) 99 22