Skip to content

Seksyen 22

Pelantikan ketua keselamatan

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019

P.U. (A)In forceProvision 22 of 34
Seksyen 22

(1)

Seseorang pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah, dengan kelulusan terdahulu Pihak Berkuasa Keselamatan, melantik seorang ketua keselamatan.

(2)

Permohonan bagi kelulusan terdahulu di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat mengikut peraturan 29.

(3)

Seseorang ketua keselamatan hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang dinyatakan dalam Program Keselamatan Kebangsaan.