Seksyen 12
Pengendali aerodrom yang menyenggara atau mengendalikan suatu aerodrom hendaklah—
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
P.U. (A) 98 18
(a)
memastikan kemudahan dan spesifikasi aerodrom itu memenuhi keperluan kapal udara yang baginya aerodrom itu dimaksudkan;
(b)
memastikan kemudahan berada dalam keadaan yang dapat digunakan dan semua radas yang dipasang di aerodrom itu berfungsi;
(c)
memastikan spesifikasi aerodrom itu mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(d)
memastikan pengendalian aerodrom itu dilaksanakan mengikut manual aerodrom;
(e)
memastikan perkhidmatan yang disediakan di aerodrom itu dalam keadaan yang dapat digunakan;
(f)
memastikan penyenggaraan kemudahan aerodrom mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(g)
jika perkhidmatan penerbangan udara disediakan di aerodrom itu, menyelaraskan dengan orang yang menyediakan perkhidmatan penerbangan udara untuk memastikan keselamatan mana-mana kapal udara yang dikendalikan di aerodrom itu; dan
(h)
memastikan semua orang yang melaksanakan aktiviti di aerodrom itu mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.