Seksyen 11
Penyerahan balik kebenaran, perakuan atau lesen
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
Seseorang yang mempunyai kebenaran, perakuan atau lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh menyerahkan balik kebenaran, perakuan atau lesen itu dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri atau
Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak kurang daripada sembilan puluh hari sebelum tarikh penyerahan balik yang dicadangkan.
(2)
Jika Menteri atau Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, membenarkan penyerahan balik kebenaran, perakuan atau lesen oleh orang itu, penyerahan balik itu hendaklah berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Menteri atau
Ketua Pengarah menerima notis bertulis di bawah subperaturan (1) atau pada tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Ketua Pengarah, dan orang itu hendaklah—
(a)
mengambil langkah dan memberikan bantuan sebagaimana dikehendaki oleh Menteri atau Ketua Pengarah; dan
(b)
menyerahkan balik kebenaran, perakuan atau lesen itu kepada Menteri atau Ketua Pengarah pada atau sebelum tarikh kuat kuasa penyerahan balik itu.
(3)
Penyerahan balik kebenaran, perakuan atau lesen di bawah subperaturan
(1)
tidak boleh ditarik balik melainkan jika Menteri atau Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, membenarkan penyerahan balik itu ditarik balik.