Skip to content

Seksyen 27

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016

P.U. (A)In forceProvision 26 of 67

Seksyen 27

(1)

Tiada seorang pun, kecuali dengan kelulusan Ketua Pengarah, boleh menyebabkan atau membenarkan—

(a)

pembinaan atau pembesaran suatu halangan di atau sekitar suatu aerodrom; atau

(b)

apa-apa benda untuk memasuki permukaan had halangan jika benda itu boleh menyebabkan peningkatan dalam altitud pelepasan halangan atau ketinggian bagi tatacara sua alatan atau apa-apa tatacara berlegar visual yang berkaitan.

(2)

Benda yang disebut dalam perenggan (1)(b) termasuk benda baharu atau penambahan kepada benda sedia ada yang melebihi permukaan had halangan.