Seksyen 29
Pepasangan kelengkapan di tapak udara
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
(1)
Seseorang tidak boleh, kecuali bagi maksud penerbangan udara, membina atau memasang kelengkapan atau apa-apa pepasangan di jalur landasan, kawasan keselamatan hujung landasan, jalur laluan teksi, laluan lega atau dalam mana-mana jarak yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, jika pembinaan atau kelengkapan itu boleh membahayakan keselamatan sesuatu kapal udara.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), pepasangan atau pembinaan itu hendaklah mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Bagi maksud peraturan ini, “laluan lega” ertinya suatu kawasan segi empat yang ditentukan di atas darat atau air di bawah kawalan pihak berkuasa yang berkaitan, dipilih atau disediakan sebagai kawasan yang sesuai yang di atasnya suatu kapal udara boleh membuat sebahagian daripada pemanjatan awalnya kepada suatu ketinggian yang ditetapkan.