Skip to content

Seksyen 28

Kebenaran untuk membina di sekitar aerodrom

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016

P.U. (A)In forceProvision 27 of 67
Seksyen 28

(1)

Seseorang tidak boleh membina suatu bangunan atau struktur di sekitar suatu aerodrom melainkan jika dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Suatu permohonan bagi kebenaran di bawah subperaturan (1) hendaklah—

(a)

dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk dan cara dan disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

(b)

disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan

P.U. (A) 98 26

(c)

dibuat mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pemohon telah memenuhi kehendak di bawah subperaturan (2) dan pemohon telah menjalankan kajian aeronautik berhubung kesan pembinaan itu terhadap pengendalian kapal udara,

Ketua Pengarah boleh memberikan kebenaran kepada pemohon.

(4)

Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat atas kebenaran yang diberikan di bawah peraturan ini.