Seksyen 36
Perkhidmatan pengurusan apron
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
P.U. (A)In forceProvision 35 of 67
Seksyen 36
(1)
Pengendali aerodrom hendaklah menyediakan perkhidmatan pengurusan apron di suatu aerodrom jika perkhidmatan penerbangan udara disediakan mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Bagi maksud peraturan ini, “perkhidmatan pengurusan apron” ertinya perkhidmatan yang disediakan bagi mengawal selia aktiviti dan pergerakan kapal udara dan kenderaan di suatu apron.