Seksyen 33
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
P.U. (A)In forceProvision 32 of 67
Seksyen 33
(1)
Pengendali aerodrom hendaklah mengadakan dan menyediakan kemudahan menyelamat dan memadamkan api di aerodrom mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Semua kakitangan menyelamat dan memadamkan api hendaklah dilatih dengan sewajarnya dan memenuhi semua kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.