Malaysia legislation

Section 39

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016

Seksyen 39

P.U. (A) 98 31

(a)

aerodrom yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan larangan di bawah

Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 [Akta 298]; dan

(b)

aerodrom Kategori 2 dan 4.

(2)

Pengendali aerodrom hendaklah mengambil langkah yang perlu bagi memastikan kawasan larangan sesuatu aerodrom yang dikendalikan oleh pengendali aerodrom itu disempadankan dengan jelas dan dibawa kepada pengetahuan umum.

(3)

Seseorang tidak boleh memasuki atau berada di dalam kawasan larangan suatu aerodrom melainkan jika dia mempunyai pas lapangan terbang atau pas lapangan terbang sementara yang dikeluarkan oleh Ketua Keselamatan.

(4)

Ketua Keselamatan boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut bagi mana-mana pas lapangan terbang dan pas lapangan terbang sementara yang dikeluarkan olehnya.

(5)

Pemegang suatu pas lapangan terbang atau pas lapangan terbang sementara hendaklah mematuhi semua syarat yang dikenakan atas pas itu.

(6)

Pas lapangan terbang yang dikeluarkan di bawah subperaturan (3) sah bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

(7)

Bagi maksud peraturan ini—

(a)

"kawasan larangan" ertinya kawasan dalam suatu aerodrom yang dikendalikan oleh pengendali aerodrom yang tiada sesiapa pun

P.U. (A) 98 33

dibenarkan masuk atau berada di dalamnya melainkan jika dia memiliki suatu pas lapangan terbang; dan

(b)

"Ketua Keselamatan" ertinya pegawai yang dilantik oleh pengendali aerodrom sebagai ketua pegawai keselamatan yang bertanggungjawab bagi keselamatan aerodrom dan termasuklah mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Keselamatan untuk bertindak bagi pihaknya.

Pengendalian kenderaan di kawasan pergerakan

Section 39 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016