Seksyen 42
Permit masuk sementara
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
(1)
Seseorang tidak boleh menggunakan, menyebabkan, mengendalikan, atau membenarkan untuk digunakan, suatu kenderaan di apron di suatu aerodrom melainkan jika kenderaan itu telah dikeluarkan permit masuk sementara oleh pengendali aerodrom.
(2)
Kenderaan yang telah dikeluarkan permit masuk sementara hendaklah—
(a)
diiringi oleh pemegang permit memandu tapak udara yang hendaklah bertindak sebagai jurumudi kenderaan itu;
(b)
mempamerkan bendera pelepas jenis yang diperuntukkan pada titik paling tinggi kenderaan itu;
(c)
tidak boleh diparkir atau dipandu dalam lingkungan lima belas meter dari suatu kapal udara;
(d)
tidak memasuki kawasan olah gerak atau hangar suatu kapal udara; dan
P.U. (A) 98 36
(e)
mematuhi apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh pengendali aerodrom.