Seksyen 44
Permit memandu tapak udara
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
(1)
Seseorang tidak boleh—
(a)
memandu kenderaan di suatu kawasan pergerakan;
(b)
mengambil orang lain bekerja untuk memandu suatu kenderaan di suatu kawasan pergerakan; atau
(c)
membenarkan orang lain untuk memandu suatu kenderaan di suatu kawasan pergerakan, melainkan jika dia, orang yang diambil kerja atau orang yang dibenarkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai suatu permit memandu tapak udara yang sah yang dikeluarkan oleh pengendali aerodrom.
(2)
Permit memandu tapak udara sah bagi tempoh satu tahun melainkan jika permit itu digantung atau dibatalkan oleh pengendali aerodrom.