Malaysia legislation
Section 62
of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016
Seksyen 62
Tindakan tertentu yang dilarang dalam aerodrom
(a)
menghalang atau mengganggu kegunaan yang sepatutnya aerodrom;
(b)
menghalang mana-mana orang daripada melaksanakan tugasnya di aerodrom;
(c)
mengalihkan atau mencacatkan apa-apa notis, tulisan, dokumen atau tandaan yang didirikan atau dipamerkan di aerodrom;
(d)
membuang, meninggalkan atau menjatuhkan apa-apa yang boleh menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada harta benda;
(e)
melonggokkan apa-apa sisa buangan kecuali di suatu tempat yang diluluskan bagi maksud itu oleh pengendali aerodrom;
P.U. (A) 98 46
(f)
melonggokkan atau menumpahkan apa-apa bahan yang boleh menyebabkan pencemaran air, sama ada pepejal, cecair, berwap atau gas atau kombinasi semuanya, kecuali di tempat yang diluluskan bagi maksud itu oleh pengendali aerodrom; atau
(g)
menyebabkan kacau ganggu kepada mana-mana orang dalam aerodrom.
(2)
Kecuali dengan kebenaran pengendali aerodrom, tiada seorang pun boleh—
(a)
mengusik atau mengganggu mana-mana bahagian aerodrom atau apa-apa kelengkapan yang berkaitan dengan pengendalian aerodrom;
(b)
memanjat mana-mana dinding, pagar, pengadang, siling, pintu atau tiang dalam suatu aerodrom;
(c)
memegang apa-apa bagasi atau membawa bagasi untuk penumpang di suatu aerodrom;
(d)
membawa suatu kenderaan masuk atau memandu masuk ke dalam suatu aerodrom; dan
(e)
menghalang kemasukan ke atau laluan di aerodrom dengan cara yang mendatangkan kesusahan kepada pengguna pintu masuk atau laluan itu.
Cahaya berbahaya