Skip to content

Seksyen 65

Pengawasan pengawalseliaan keselamatan

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016

P.U. (A)In forceProvision 64 of 67
Seksyen 65

(1)

Ketua Pengarah boleh, pada-bila-bila masa, menjalankan pengawasan pengawalseliaan keselamatan untuk menentukan pematuhan kepada

Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh sebab apa-apa perkara yang dibuat semasa atau bersampingan dengan pengawasan pengawalseliaan keselamatan di bawah peraturan ini hendaklah dibayar dan boleh didapatkan daripada orang yang telah diberikan kebenaran atau pemegang perakuan atau lesen itu.

(3)

Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau arahan yang dibuat oleh Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah Peraturan-Peraturan ini melakukan suatu kesalahan.

P.U. (A) 98 49